Monday, July 6, 2009

akhirnya...

akhirnya berjaya jugak..dr td jenuh duk godek2 mcmn nk buat catatan baru ni.agaknya td tu sebab tukar bahasa kot..sebab tu tak reti.bila dh tukar BM balik,dpt plak cari.maklumla,saya kan budak yang masih baru berjinak-jinak dalam dunia blog ni..
hari ni tak ada apa yang menarik kat sekolah cuma adegan yang tak diingini yang berlaku pada hari Jumaat haritu, berulang lagi hari ni..waktu perhimpunan plak tu..tak tau la apa nak jadi ngan pelajar-pelajar zaman sekarang.Selama aku jadi cikgu, tak pernah pulak aku melihat peristiwa seperti itu..ini la dikatakan pengalaman...

petang...lepas sekolah aku,kak zai,kak jai,kak tengku dan kak shas pegi Pizza kat Kapar.kitorang celebrate bithday kak zana kat sana..lama jugak la kitorang lepak kat sana.sedar2 dh dekat pukul 3.30.kak zai pun kalut la nak g ambil anak kat nursery..maklumla dh overtime..keluar dari pizza,semua membawa haluan ke rumah masing2..

hari ni janji ngan suami nk potong rumput kat laman rumah tu..maklumla semalam baru beli gunting rumput tu..kalau tak potong rumput tu hari ni, alamatnya ada yang kena tahan telinga je sebab kena perli.yela sebab smalam kita yang beriya2 nk beli gunting tu.selama ni upah org je..kali ni dah tak nak upah org lagi dh.selain dari jimat duit,boleh jaga pokok bunga matahari yang ditanam kat laman tu.kalau suruh org potong,nanti ditebasnya sekali pokok bunga aku tu..ptg tadi dpat la potong sikit lalang kt luar tu..disamping tu boleh jugak keluarkan peluh.tapi bila buat kerja sorang2,boringla.haifaa ngan abanhnya pergi meronda naik 'Vroom..vrrooom'..kata haifaa.jadi, xhabis lagi la rumput kat luar tu di potong..Insyallah,kalau rajin esok sambung lagi...

malam..suami pergi ngajar tuisyen kat sekolah dia..haifaa pun dah tido..so,aku siapkan jam tangan kristal yang ditempah oleh kak zai ngn nurul aisya tu..esok boleh la diorang melaram ngan jam baru...

panjang jugak cerita aku hari ni.sebelum ni fikir tak tahu nak tulis pa..tapi, bila dah menulis tak tahu nak berhenti plak..
sekian saja la untuk hari ni..esok2 cerita lagi..

No comments:

Post a Comment