Friday, August 28, 2009

berpuasa kat kampung

Hari ini berpuasa kat kampung.semalam lepas PTK kitorang bertolak balik Terengganu. dari Klang lebih kurang pkl 2,sampai rumah dah dekat waktu berbuka.perjalanan kami berjalan lancar.Haifaa pun tak buat hal.dalam kereta dia tido je kat belakang dengan makcik dia.
Kat rumah berbagai juadah disediakan..bermacam kuih..tapi semua tu beli je.Hari ni mak nak masak 'solok lada'.kalau makan ngn nasi sedap tu.makan gitu aje pun sedap.kalau buat sendiri ni sedap.kalu yang beli kat kedai tu lebih kelapa dari ikan. Tadi pergi pasar, tengok ikan semua segar2,sotong besar2 macam nak beli semua je.tapi last2 beli ikan ngan sotong je.
Kat kampung haifaa tak duduk diam..asyik ke sana ke mari je dengan basikal 'kakaknya'..lagaknya macam budak besar nak kayuh basikal,walhal kaki pun tak sampai nak pijak pedal.
Nanti ada masa sambung lagi. Kat sini rajin buka blog sebab ayah ada broadband.so pkai kat mana2 je. kat rumah sana pakai streamyx.xde wireless,leceh la nk kena duduk kat atas je.sebabtu lama tak update..

Saturday, August 1, 2009

baru ada masa

dah 2minggu tak menjenguk blog ni..tak ada masa..nak kata sibuk sangat tu takde la.minggu lepas tetamu ada kat rumah..lama jugak la diorang kat sini.minggu ni plak sibuk menanda kertas exam.tapi belum habis tanda pun lagi.set 1 lum habis tanda,minggu depan ni nak datang set 2 plak.macam kak mazidah senangla,datang 3 set sekali pun,hari ni exam,hari ni jugak buleh dapat result..soalan dia semua objektif.tapi kira saya ni bernasib baik jugak la sebab mengajar matematik kelas2 belakang,so tak susah la nak menanda sebab diaorang kebanyakannya hantar kertas kosong je.tapi time mengajar,pening la nak handle diaorang ni.matematik dah habis tanda,tapi ekonomi asas belum sentuh lagi.lagipun diaorang baru exam hari khamis lepas..tapi bila fikir nak kena baca esei diaorang tu la yang jadi malas nak menanda tu..sebab dah tau sangat dah kehebatan diaorang tu..tapi nak tak nak,kena la jugak buat semua tu,sebab tu dah memang kerja kita..
minggu ni Haifaa kena sakit mata.minggu lepas sepupu dia yang datang tu,3 beradik semua bawak penyakit tu..so,minggu ni dapat kat dia plak.tapi kesian la tengok dia.dia nak cakap sakit,lum pandai bercakap..tapi,walaupun sakit dia masih aktif,nasib baik dia tak merengek je.kalau tak,susah jugak ibunya ni.tapi risau jugak,nanti habis budak2 kat rumah baby sitter dia tu kena jangkitan dia tu.semalam bawak pegi jumpa doktor. doktor cakap,sakit mata jenis ni lambat sembuh sebab jangkitan tu disebabkan oleh virus,kalu sebab bakteria,benda tu cepat sembuh..sekarang ni hari2 kena paksa dia makan ubat.biasalah,budak2 memang payah nak makan ubat.tak tahula bila nak sembuh.sepupunya pun lum sembuh lagi.takut jugak,lepas ni dapat kat abah dan ibunya plak.kalau dapat kat kitaorang,takkan nak cuti lama2.tapi,takkan nak pergi sekolah dengan mata bengkak,merah dan sakit.tak tahula macam mana nak prevent daripda kena jangkitan tu sebab kat rumah dia memang sentiasa di sisi kita..harap2 haifaa cepat sembuh..