Tuesday, July 14, 2009

sepetang bersama Haifaa




Assalamualaikum...
hari ni dapat jugak menjenguk blog ni..rasanya dah 5 hari aku tak menjenguk blog ni..maklumla sibuk la katakan...malam ni Haifaa tido awal..so,dapatla update blog ni.

Petang tadi, selepas Aqso dan Madina pulang,aku bawak Haifaa pergi main kat taman permainan depan rumah..aku bawak dia ke taman sebagai umpan,sebab nak suruh dia makan bubur..kalau kat rumah,bukan main susah lagi dia nak makan.tapi bila kat taman,ada ramai kawan nak je dia makan..sebagai ibu,aku akan cuba bermacam cara untuk memastikan anak aku membesar dengan sihat..

Yang bestnya,taman tu ala-ala kat Korea gitu..sekarang ni musim luruh..so,padang dipenuhi bunga2 yang berguguran.bila berada kat situ,aku rasa tenang dan damai gitu..Haifaa plak,bukan main seronok dapat main buaian,papan gelongsor..tambah plak dengan kawan2 yang ramai.tapi rasa2 aku,Haifaa je kot budak Melayu yang duk main kat situ.yang lain tu anak Cina ngan India la..ada la budak2 melayu tapi semua dah besar2la..rasa seronok sangat bila dapat meluangkan masa bersama yang tersayang 'Haifaa Irdina'..

Wednesday, July 8, 2009

jadi juri 'sandwich'

hari ni tak ada apa yang menarik cuma tengahari td aku mengoffer kan diri kepada kak jai untuk jadi juri dalam pertandingan buat sandwich.saja la aku mengoffer kan diri sebab nak bagi support pada puan Ros sempena minggu KARNIVAL HEM ni..kalau kita cikgu-cikgu tak bagi support,sape lagi kan..pertandingan di dipertaggungjawabkan pada kak Jai sebab dia bawah unit HEM,iaitu unit Kantin kot...tp silap la,lupa nk abik gmbar td..kalo tak boleh jugak masukkan dlm blog ni..diaorg punya hiasan untuk sandwich tu pun cantik2 jugak..tp rasa nye lebih kurang je sebab kebanyakan nye guna inti yang sama je 'tuna ayam brand'..yang jadi juri ada la dalam 5-6orang.tapi tak tau la kumpulan mana yang jadi pilihan diorang..tapi pilihan aku...biarlah rahsia..he...hee

Hari ni kelas banyak..habis kelas ada taklimat plak..so,hari ni tak sempat la nak bukak 'kelas manik'..esok2 kalu ada masa kita sambung lagi kelas manik tu ye cikgu2 yang menjadi consultan saya tu(cikgu wazir n cikgu roszana)..

Monday, July 6, 2009

akhirnya...

akhirnya berjaya jugak..dr td jenuh duk godek2 mcmn nk buat catatan baru ni.agaknya td tu sebab tukar bahasa kot..sebab tu tak reti.bila dh tukar BM balik,dpt plak cari.maklumla,saya kan budak yang masih baru berjinak-jinak dalam dunia blog ni..
hari ni tak ada apa yang menarik kat sekolah cuma adegan yang tak diingini yang berlaku pada hari Jumaat haritu, berulang lagi hari ni..waktu perhimpunan plak tu..tak tau la apa nak jadi ngan pelajar-pelajar zaman sekarang.Selama aku jadi cikgu, tak pernah pulak aku melihat peristiwa seperti itu..ini la dikatakan pengalaman...

petang...lepas sekolah aku,kak zai,kak jai,kak tengku dan kak shas pegi Pizza kat Kapar.kitorang celebrate bithday kak zana kat sana..lama jugak la kitorang lepak kat sana.sedar2 dh dekat pukul 3.30.kak zai pun kalut la nak g ambil anak kat nursery..maklumla dh overtime..keluar dari pizza,semua membawa haluan ke rumah masing2..

hari ni janji ngan suami nk potong rumput kat laman rumah tu..maklumla semalam baru beli gunting rumput tu..kalau tak potong rumput tu hari ni, alamatnya ada yang kena tahan telinga je sebab kena perli.yela sebab smalam kita yang beriya2 nk beli gunting tu.selama ni upah org je..kali ni dah tak nak upah org lagi dh.selain dari jimat duit,boleh jaga pokok bunga matahari yang ditanam kat laman tu.kalau suruh org potong,nanti ditebasnya sekali pokok bunga aku tu..ptg tadi dpat la potong sikit lalang kt luar tu..disamping tu boleh jugak keluarkan peluh.tapi bila buat kerja sorang2,boringla.haifaa ngan abanhnya pergi meronda naik 'Vroom..vrrooom'..kata haifaa.jadi, xhabis lagi la rumput kat luar tu di potong..Insyallah,kalau rajin esok sambung lagi...

malam..suami pergi ngajar tuisyen kat sekolah dia..haifaa pun dah tido..so,aku siapkan jam tangan kristal yang ditempah oleh kak zai ngn nurul aisya tu..esok boleh la diorang melaram ngan jam baru...

panjang jugak cerita aku hari ni.sebelum ni fikir tak tahu nak tulis pa..tapi, bila dah menulis tak tahu nak berhenti plak..
sekian saja la untuk hari ni..esok2 cerita lagi..

Friday, July 3, 2009

saya budak baru belajar

Pg ni menghadiri kelas tuisyen bersama cikgu mazidah(otai blog..) sambil dipantau oleh cikgu wazir.. (senior blog-dia pun belajar dr org jugak..)
tak tau la nak tulis pa..xleh lama2 belajar sebab otai ngn senior nk g mkn..mklumla hr ni cikgu2 ni dpt mkn free..


terima kasih "sifu" diatas segala tunjuk ajar pg td..dan tak lupa juga buat 'assintant sifu'(wakjier)..kl xkerana tnjuk ajr korang..xdelah aku dlm blog ni..
selama ni dgr je "blog",tp xtau pn apa dia..tapi skrg aku dh ada kt dlm blog ni..mcm xcaya plak..
ok la tu..ckupla utk hrni..pa yg diajar oleh sifu pg td dh pun di 'apply'..
tima kasih kwn2..